Sunday, May 8, 2011

Wasiat untuk KeArah Perlis

Salam..alhamdulillah...berakhirnya KAReSMA 4 tadi menandakan berakhirnya penglibatan saya untuk KeArah Perlis untuk tahun ini..kerana saya bakal memasuki program matrikulasi yang telah lama ditangguhkan akibat kemalangan yang menimpa saya dan qawiem..tidak lama sahaja iaitu pada 23+ mei..iA
Kemaafan
Jadi sehubungan dengan itu saya ingin memohon kemaafan seandainya ada sebarang tindakan atau percakapan saya yang mengguris hati kalian..saya minta maaf...bermula dengan PEMIKIR,RIMBA dan KAReSMA...saya amat menghargai jasa2 kalian dan kerja2 yang kalian sumbangkan untuk Islam..saya menikmati setiap detik dan saat itu bersama kalian ,Family Kmk Perlis...sepanjang bersama kalian..banyak yang saya pelajari dari kalian...pengurusan,kemahiran,komunikasi,kewangan, dan yang paling utama ialah kebersamaan bersama kalian.Benar,saya menganggap kalian yang tua sebagai abg dan kakak saya...yang muda sbg adik saya...yang sama umur??macam biasalah..sentiasa kamceng...sejujurnya saya bahagia bersama kalian...bersama semua...di atas tali yang kita pegang erat...ukhuwah yang kita bina....saya percaya,saya akan rindukan suasana PEMIKIR,RIMBA, dan KAReSMA.
Harapan
Harapan saya, buat pelapis2....kalian perlu lebih hebat dari kami...saya tidak ingin melihat kalian menjadi bulan kerana bulan memerlukan cahaya matahari untuk kelihatan sempurna...saya berharap kalian menjadi matahari kerana matahari tidak memerlukan bantuan cahaya lain untuk memancar...malah dgn megahnya menjadi diri sendiri...dgn kehebatan dan keunikan yang tersendiri. Kalian perlu kenalpasti apa bakat dan kemahiran kalian..Kita masih kekurangan kepakaran dari segi photographer,designer,public speaking,master mind dll. Ketahuilah bahawa kita(KeArah Perlis) sedang kekurangan orang yang mampu bercakap seperti salim..seperti qawiem...kalian bayangkan KMK tanpa mereka...salim dan qawiem merupakan antara aset terbesar yang pernah kita miliki...serba serbi bakatnya..usah dipertikai lagi...semua orang senang dgn ulahnya..lakonannya..dan berapakah orang yang kita ada seperti salim dan qawiem??1 orang,2 orang..3? 4?...kalian tanya diri kalian. KeArah Perlis semakin memerlukan tenaga2 yang lebih hebat dari Qolbun Saleem (public speaking,fleksibel dgn keadaan) ,Qawiem khairi(idea dan lakonan), Nabil nordin (photographer,editor),  Nailah Kadir(pengurusan dan master mind) dan lain2...kerana apa???kerana mereka ini semakin lama semakin tidak boleh menyumbang lagi untuk KeArah Perlis...contohnya, salim terpaksa menumpukan perhatiannya lebih kepada keluarga...tidak lagi boleh bebas mengikuti program macam dulu...peranan salim lebih besar kepada keluaga....qawiem dan nabil akan iA akan berlepas ke Jordan dalam beberapa bulan lagi(ameen)...knailah (khidmatnya semakin diperlukan di peringkat atasan)...bila sebut tentang kak nailah sj saya perasan bahawa sepanjang saya mengikuti mesyuarat atau perjumpaan KeArah Perlis,bila takda knailah sahaja....bahagian sahibah akan menjadi tidak proaktif...diam dan sunyi...(sori kalau sahibah mmg sdg rancak membicarakan cadangan atau usul ttpi saya ja yg tak perasan)...jadi adakah kalian merasakan bahawa kita(KeArah Perlis) sedang berada dalam comfort zone??
saya membiarkan soalan ini dijawab oleh kalian sendiri...saya yakin jika tidak ada generasi pelapis ...saya percaya, KeArah Perlis akan kembali suram...berprogram hanya adat...hanya memenuhi kalender2 KeArah.
Bagaimana?
Kalian(pelapis) perlu lebih kreatif dalam menghadapi ulah remaja skrang...kita perlu peka...masalah ortodoks hanya boleh diatasi dgn penyelesaian cara ortodoks dan begitulah sebaliknya..kita perlu menghadapi golongan ektremis dgn cara yang ekstremis....pelbagaikan teknik kita...bukan hanya setakat tayangan..bukan hanya percakapan..malah lebih kepada itu..bukankah kanak2 sekarang lebih berinovatif dan kreatif...mereka mungkin sudah jemu dgn modul telefon karat...mereka mungkin sudah jemu dgn cara ice breaking yang hampir sama setiap kali menyertai kem...kalau budak tu ikut 5 kali KMK maka dia boleh mengagak apakah aktiviti yang akan dijalankan seterusnya...ini pendapat saya sahaja..jadi bagaimana caranya..?

1.Kita perlu mengkaji apa penyakit yang melanda remaja sekarang?? kekurangan kasih sayangkah..pengaruh tv terlalu kuatkah...kurang pengetahuankah?? bila sudah mengenalpasti penyakit barulah boleh memberi ubatnya bukan?...
2.Apa yang remaja2 kini berkehendak ?? teknologi?ilmu?hiburan?kreativiti? dan bila kita mengenalpasti kecenderungan mereka maka kita perlulah mempergunakan medium sepenuhnya supaya serasi dgn kehendak dan acuan Islam
3.Sentiasa melakukan brainstrom..lihat kelemahan kita..apa yang tidak kena..senang kata  SWOT analysis (strengh,weakness,opportunity,threat)...tidak salah untuk berundur setapak di belakang untuk melompat sepuluh langkah lagi hadapan..

Nasihat
Janganlah kita berpuas hati dgn apa yang telah kita lakukan...jangan pula kita  memenuhkan hari minggu kita dgn program yang tidak memberikan kesan...pastikan kita buat program dan pastikan adakah yang peserta dapat dgn program yg kita anjurkan itu...kita tidak mahu melahirkan robot yang apabila ditekan suisnya dan dia berjalan..bukan!bukan ini yang kita mahukan...kita mahukan mereka menjadi manusia yang mempunyai akal..
Penutup
Akhir kata,yakinlah bahawa kerja kita tidak pernah ada yang sia2...inilah saham kita yang hendak dibawa di hadapan Allah kelak...anak2 perlis inilah bakal menjadi saksi bahawa kita bertungkus lumus untuk mendidik mereka ke jalan Islam...tiang2 masjid,karpet2 masjid,minyak petrol.,titisan peluh...semuanya...semuanya akan menjadi saksi dihadapan Allah kelak...saya akan sentiasa berdoa bahawa kerja2 kita diredhai Allah..iA...smga kalian terus mnjadi MATAHARI...
assalamualaikum...

p/s : maaflah kepada nama2 yang tidak disebut bukan bermaksud kalian tidak menyumbang apa2..ttpi mgkin saya kelemahan saya yang kurang mengenali bakat dan kemahiran kalian dan mungkin tidak begitu rapat dengan kalian..hehe..dan saya sebut orang2 yang tidak akan bersama keArah perlis tidak lama lagi(kecuali knailah) yg lain rasanya iA akan terus berada di perlis....iA..

Thursday, May 5, 2011

Listening music

Outlandish, this is a group that interests me ... the lyrics ...the stlye... not all people love it ... but if you ask me ... I like it!.This is one song that I like from his album, Closer Than Veins...I hope you enjoy it..



only ask of God
He won’t let me be indifferent to the suffering
That the very dried up death doesn’t find me
Empty and without having given my everything
I only ask of God
He won’t let me be indifferent to the wars
It is a big monster which treads hard
On the poor innocence of people
It is a big monster which treads hard
On the poor innocence of people
People…people, people
I only ask of God
He won’t let me be indifferent to the injustice
That they do not slap my other cheek
After a claw has scratched my whole body
I only ask of God
He won’t let me be indifferent to the wars
It is a big monster which treads hard
On the poor innocence of people
It is a big monster which treads hard
On the poor innocence of people
People…people…people
Solo le pido a Dios
Que la guerra no me sea indiferente
Es un monstro grande y pisa fuerte
Toda la pobre inocencia de la gente
Es un monstro grande y pisa fuerte
Toda la pobre inocencia de la gente
People…people…people
  

Tuesday, April 26, 2011

Gua Sami

Bismillah..
The following are pictures taken by nabil Nordin while climbing in the cave Sami siri 1,2, dan 3..enjoy it!

                                                                            SIRI 1









sebelum sampai ke puncak

glad to see your face, nabil~








careful






agak tinggi di situ


senyuman pagi

yang nie no comment...

you believe it or not??believe it!

                                                                      SIRI 2












                         
                                                                     

                                                                          SIRI 3


butang nabil sampai atas..sempoi~..amin dah panas..

nabil buat muka chubby..lolz

dari kiri : amin,enon,salman,nabil

paling lambat skali turun...

basikal yang banyak berjasa..

hehe..itulah serba sedikit gambar pendakian aku di Gua Sami..saja nak sihatkan jantung dan kuatkan kaki..apapun..yang utamanya untuk dpatkan keredhaan Allah...Allah menyuruh kita melihat ciptaan Allah dan mengambil pengajaran baginya...iA..
selamat beramal..


Wednesday, April 6, 2011

Kedamaian Kampung

Bismillah,
gambar2 ini aku snap pada petang tadi...tpi cuaca tidak begitu cerah...awan kelihatan mendung...seakan mahu menangis kembali...apa pun...aku tetap berjalan..dan terus berjalan..

masih ada cahaya

seluas mata memandang

tenang ku rasa

bendang yang baru diusahakan





"tunjukilah kami jalan yang lurus"

macam tasik..tpi bendang

suka tgk pokok berada di tgh2 bendang

hmmm...

Add caption

sewaktu pulang



Di sinilah selalu aku pergi jika tidak bermain bola pada petang hari....jiwaku terasa dekat dgn alam ciptaan Allah...dan di sini lah aku membesar...teringat aku, ngan kawan2 memancing setiap kali lepas solah asar di masjid...hehe..di sinilah kami berkumpul..lumba basikal...main mercun... masuk bendang..lumba lari..mandi sungai..haha..sudah menjadi lumrah kanak2..saat takda langsung pikir masalah...semua seronok dan gembira sahaja...

kalau datang tempat nie...slalu sahaja benakku melihat zaman kanak2ku...bagai menonton filem di wayang...ttpi skrang semuanya sudah menjadi sejarah...masing2 dah besar...masing sudah ada jalan hidupnya sendiri..sejujurnya, aku begitu rindukan zaman kanak2ku...hmm...tpi aku tahu...kehidupan  yang terindah adalah kehidupan yang mengambil Islam sebagai cara hidup...tidak ada yang lebih indah daripada itu....

nnti bila aku dah kawin...dah dapat anak...aku nak ajak anak aku datang di sini..melihat di mana asal usul ayahnya...di mana ayahnya membesar...pergilah aku di serata dunia sekalipun...aku takkan lupa bahawa aku berasal dari daerah ini...aku takkan lupa bau tanah ini sampai aku mati dimamah bumi..

wallahualam...
assalamualaikum...