Sunday, May 8, 2011

Wasiat untuk KeArah Perlis

Salam..alhamdulillah...berakhirnya KAReSMA 4 tadi menandakan berakhirnya penglibatan saya untuk KeArah Perlis untuk tahun ini..kerana saya bakal memasuki program matrikulasi yang telah lama ditangguhkan akibat kemalangan yang menimpa saya dan qawiem..tidak lama sahaja iaitu pada 23+ mei..iA
Kemaafan
Jadi sehubungan dengan itu saya ingin memohon kemaafan seandainya ada sebarang tindakan atau percakapan saya yang mengguris hati kalian..saya minta maaf...bermula dengan PEMIKIR,RIMBA dan KAReSMA...saya amat menghargai jasa2 kalian dan kerja2 yang kalian sumbangkan untuk Islam..saya menikmati setiap detik dan saat itu bersama kalian ,Family Kmk Perlis...sepanjang bersama kalian..banyak yang saya pelajari dari kalian...pengurusan,kemahiran,komunikasi,kewangan, dan yang paling utama ialah kebersamaan bersama kalian.Benar,saya menganggap kalian yang tua sebagai abg dan kakak saya...yang muda sbg adik saya...yang sama umur??macam biasalah..sentiasa kamceng...sejujurnya saya bahagia bersama kalian...bersama semua...di atas tali yang kita pegang erat...ukhuwah yang kita bina....saya percaya,saya akan rindukan suasana PEMIKIR,RIMBA, dan KAReSMA.
Harapan
Harapan saya, buat pelapis2....kalian perlu lebih hebat dari kami...saya tidak ingin melihat kalian menjadi bulan kerana bulan memerlukan cahaya matahari untuk kelihatan sempurna...saya berharap kalian menjadi matahari kerana matahari tidak memerlukan bantuan cahaya lain untuk memancar...malah dgn megahnya menjadi diri sendiri...dgn kehebatan dan keunikan yang tersendiri. Kalian perlu kenalpasti apa bakat dan kemahiran kalian..Kita masih kekurangan kepakaran dari segi photographer,designer,public speaking,master mind dll. Ketahuilah bahawa kita(KeArah Perlis) sedang kekurangan orang yang mampu bercakap seperti salim..seperti qawiem...kalian bayangkan KMK tanpa mereka...salim dan qawiem merupakan antara aset terbesar yang pernah kita miliki...serba serbi bakatnya..usah dipertikai lagi...semua orang senang dgn ulahnya..lakonannya..dan berapakah orang yang kita ada seperti salim dan qawiem??1 orang,2 orang..3? 4?...kalian tanya diri kalian. KeArah Perlis semakin memerlukan tenaga2 yang lebih hebat dari Qolbun Saleem (public speaking,fleksibel dgn keadaan) ,Qawiem khairi(idea dan lakonan), Nabil nordin (photographer,editor),  Nailah Kadir(pengurusan dan master mind) dan lain2...kerana apa???kerana mereka ini semakin lama semakin tidak boleh menyumbang lagi untuk KeArah Perlis...contohnya, salim terpaksa menumpukan perhatiannya lebih kepada keluarga...tidak lagi boleh bebas mengikuti program macam dulu...peranan salim lebih besar kepada keluaga....qawiem dan nabil akan iA akan berlepas ke Jordan dalam beberapa bulan lagi(ameen)...knailah (khidmatnya semakin diperlukan di peringkat atasan)...bila sebut tentang kak nailah sj saya perasan bahawa sepanjang saya mengikuti mesyuarat atau perjumpaan KeArah Perlis,bila takda knailah sahaja....bahagian sahibah akan menjadi tidak proaktif...diam dan sunyi...(sori kalau sahibah mmg sdg rancak membicarakan cadangan atau usul ttpi saya ja yg tak perasan)...jadi adakah kalian merasakan bahawa kita(KeArah Perlis) sedang berada dalam comfort zone??
saya membiarkan soalan ini dijawab oleh kalian sendiri...saya yakin jika tidak ada generasi pelapis ...saya percaya, KeArah Perlis akan kembali suram...berprogram hanya adat...hanya memenuhi kalender2 KeArah.
Bagaimana?
Kalian(pelapis) perlu lebih kreatif dalam menghadapi ulah remaja skrang...kita perlu peka...masalah ortodoks hanya boleh diatasi dgn penyelesaian cara ortodoks dan begitulah sebaliknya..kita perlu menghadapi golongan ektremis dgn cara yang ekstremis....pelbagaikan teknik kita...bukan hanya setakat tayangan..bukan hanya percakapan..malah lebih kepada itu..bukankah kanak2 sekarang lebih berinovatif dan kreatif...mereka mungkin sudah jemu dgn modul telefon karat...mereka mungkin sudah jemu dgn cara ice breaking yang hampir sama setiap kali menyertai kem...kalau budak tu ikut 5 kali KMK maka dia boleh mengagak apakah aktiviti yang akan dijalankan seterusnya...ini pendapat saya sahaja..jadi bagaimana caranya..?

1.Kita perlu mengkaji apa penyakit yang melanda remaja sekarang?? kekurangan kasih sayangkah..pengaruh tv terlalu kuatkah...kurang pengetahuankah?? bila sudah mengenalpasti penyakit barulah boleh memberi ubatnya bukan?...
2.Apa yang remaja2 kini berkehendak ?? teknologi?ilmu?hiburan?kreativiti? dan bila kita mengenalpasti kecenderungan mereka maka kita perlulah mempergunakan medium sepenuhnya supaya serasi dgn kehendak dan acuan Islam
3.Sentiasa melakukan brainstrom..lihat kelemahan kita..apa yang tidak kena..senang kata  SWOT analysis (strengh,weakness,opportunity,threat)...tidak salah untuk berundur setapak di belakang untuk melompat sepuluh langkah lagi hadapan..

Nasihat
Janganlah kita berpuas hati dgn apa yang telah kita lakukan...jangan pula kita  memenuhkan hari minggu kita dgn program yang tidak memberikan kesan...pastikan kita buat program dan pastikan adakah yang peserta dapat dgn program yg kita anjurkan itu...kita tidak mahu melahirkan robot yang apabila ditekan suisnya dan dia berjalan..bukan!bukan ini yang kita mahukan...kita mahukan mereka menjadi manusia yang mempunyai akal..
Penutup
Akhir kata,yakinlah bahawa kerja kita tidak pernah ada yang sia2...inilah saham kita yang hendak dibawa di hadapan Allah kelak...anak2 perlis inilah bakal menjadi saksi bahawa kita bertungkus lumus untuk mendidik mereka ke jalan Islam...tiang2 masjid,karpet2 masjid,minyak petrol.,titisan peluh...semuanya...semuanya akan menjadi saksi dihadapan Allah kelak...saya akan sentiasa berdoa bahawa kerja2 kita diredhai Allah..iA...smga kalian terus mnjadi MATAHARI...
assalamualaikum...

p/s : maaflah kepada nama2 yang tidak disebut bukan bermaksud kalian tidak menyumbang apa2..ttpi mgkin saya kelemahan saya yang kurang mengenali bakat dan kemahiran kalian dan mungkin tidak begitu rapat dengan kalian..hehe..dan saya sebut orang2 yang tidak akan bersama keArah perlis tidak lama lagi(kecuali knailah) yg lain rasanya iA akan terus berada di perlis....iA..

7 comments:

  1. Salam Salman..
    Haish..tajuk itu sungguh sedih bunyinya..
    Sejujurnya, speechless membaca coretan ini..Sungguh KeARAH Perlis bakal kehilangan pemuda2 yang besar potensinya..

    Di kesempatan ini, Knailah pn nak ucapkan terima kasih byk2 atas segala sumbangan samada sumbangan idea, tenaga dan juga wang ringgit, terima kasih atas segala pertolongan juga bantuan yg dihulurkan..
    Kira rehat setahun ja tau ni..pasni kna mai tolong Family KeArah Perlis balik..

    IAllah, doakan kami yg masih ada disini..Moga Allah mempermudahkan segalaNYA dan juga moga kita semua terus istiqamah atas jalan ini..

    p/s:
    -Thanks byk2 atas segala bantuan yg sangat banyak utk PEMIKiR dlu..sangat2 terhutang budi sbnrnya neh...
    - Selamat berjuang di KMP..Moga Allah kurniakan kekuatan hati dan fikiran..juga moga terus kekal atas jalan ini..

    Moga Allah redha~

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum man.

    Jangan macam ni,
    rasa terlalu awal utk berpisah dgn anta,
    byk benda lg yg masih memerlukn kita begerak sekali,
    tp apakan daya,
    saat ini pastikan tiba jua,
    kita x selamanya bersama,
    adakala kita akan berpisah juga..

    mengenai coretan anta di atas,
    subhanallah,
    ada naluri dan perasaannya sendiri,
    menggerakkn hati yg pernah hidup bersama,
    utk bungkam sebentar mencari kekuatan.

    satu kata2 last sbg mengakhiri komen ni,
    " Salman. jgn tinggalkn kami terus ya. walaupun coretan ini berupa wasiat."

    "Hiba di hati pasti terukir,
    saat indah itu lahir,
    membuat diriku terus berfikir,
    kenapa waktu cepat berakhir,
    apakan daya itu semua takdir,
    akhirnya pujian menjadi zikir."

    ~ pelaut rabbani ~

    ReplyDelete
  3. wassalam kak nailah,

    sbnrnya ana bljr banyak perkara dgn knailah..

    iA...setahun kembara ilmu...kalau Allah izin masih hidup ana akan berbakti lagi...

    p/s:
    -takpa...dh tgs ana..
    -iA..doakan..supaya terus jadi 'baek'...

    moga Allah kasih

    ReplyDelete
  4. qawiem...
    iA...trima kasih atas nasihat...kalau tak dah lama berpatah arang kita nie..hehe...apapun ..maaf seandainya ada buat lawak lebih2...sori bro..apapun kalau free dtglah melawat ana di sana..:D

    ReplyDelete
  5. Teruskan perjuangan sahabatku... Moga Allah kira sebagai amalan yang terbaik di sisiNya

    ReplyDelete
  6. Huhu...sangat mantap !
    Menjadi muhasabah untuk famili-famili KeARAH yang lain !
    Mabruk, akhuna Salman !

    ReplyDelete