Sunday, April 3, 2011

Pengembaraan 3 - Matri dan KARISMA

~under the sun~


Salam..
hmmm...ari nie penat sket...destinasi perjalanan aku kali ini adalah ke MATRI (Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah)..ermm...dari rumah aku dalam 25 km pergi dan 20 km balik...hehe...setelah ditambah tolak..kesemua perjalanan aku pada hari ini menjadi 45 km.Alhamdulillah,objektif aku berbasikal dan tujuan aku ke matri tercapai.
Perjalanan bermula dgn agak lewat...ermm..dalam pukul 12:30pm...ku sertakan skali topi sbb nak tutup muka yang 'cerah' nie...haha...mmg panas terik...aku mengambil jalan 'kampung' bg mengelak kesibukan kenderaan di jalan raya...mengejar apa pun aku pun tak tau dan tidak berminat nak ambik tau...tambah2 baru lepas musim banjir nie...banyak betul kenderaan...polis merata...

10 minit perjalanan...

Perjalananku sudah melangkaui 10 km .....keletihan mula terasa...kering je tekak...dalam fikiranku hanya nak cari kedai tepi jalan...nak lepas dahaga kat situ.Akhirnya di Jalan Abi Tok Hashim (dekat dengan Sekolah Kebangsaan Behor Empiang) jumpalah satu kedai runcit yang agak usang...hehe...takpa,bantai je..jnji ilang dahaga...selepas menghabiskan sebotol air mineral aku teruskan perjalanan yang masih berbaki 15 km.
Sebenarnya kalau ikut jalan biasa yang slalu dilalui tidaklah berasa sejauh ini...melalui jalan kampung lagi jauh...tpi disebabkan ingin menikmati bau bendang,melihat pohon yang kehijauan,melihat suasana kampung..aku gagahkan jgk kaki nie..walupun tulang aku tak 100% sembuh dari ke'patah'an...aku puas kerana dapat merasai ketenangan kampung..aku suka sebenarnya..melihat suasana kampung...tenang...tak kalut2 bawak motor...sikap ramah orang tuanya...senyuman mereka membuatkan aku lapang dada...alhamdulillah juga aku sempat merasai suasana ini sebelum suasana ini lesap dimamah pembagunan..

Setelah penat mengayuh selama 30 minit aku tak sangka akhirnya sampai gak di MATRI....hehe...terpancar senyuman kepuasan di bibirku...huh!mmg puas...rasa cam nak jerit kuat2...first time naek beskal sejauh nie...rekod2..haha..
Masuk ja dalam Perkampungan Tunjung terus membelok masuk ke rumah banglo usang yang turur dikenali budak2 matri sebagai "rumah  hantu".Ini kerana rumahnya kelihatan begitu usang dan terperesok 'sorang2' dalam hutan buluh tu...hehe...

tau tak?aku seronok berada di 'rumah hantu' ini sbnrnya...penghuninya soleh2...solah berjemaah mmg amalan harian...dilengkapi pula dgn 'mini speaker' yang tidak jemu2 mengalunkan ayat2 suci Al-Quran,nasyid2 tempatan dan luar negara...huhu..best kan?..tenang je masuk...dah lah muka soleh2 semua...peribadi pula menyenangkan...smua orang dalam tu junior aku...muda setahun..~Ridhwan,Ehsan,Muhammad,Al-Amin,Amin sabah...dll.
Sebenarnya ini bukan pertama kali aku bersama mereka...sebelum ini aku pernah tinggal di sini sehari...macam2 pengalaman aku dapat..maklumlah...macam rumah bujang...smuanya kena sediakan sendiri...

"kalau lihat luar nampak buruk tpi bila masuk perghhh...power!"pernah dengar ayat nie??..mesti penah kan?? macam tu lah ironinya 'rumah hantu' nie..semua lengkap...termasuk bonus Allah bagi iaitu kesolehan adik2 yang sentiasa beri ketenangan kepada aku..lepas mandi aku,mereka ajak aku solah jemaah skali..huhu..yang nie seronok bila duduk dgn orang2 yang soleh...sentiasa amal makruf....tak yah serabut kepala duduk dgn mereka...lepas solah jemaah mereka ajak aku makan...smua lengkap..kicap,sos,air yang dibuat sendiri...ais yang dibeli..mmg seronok tinggal dgn mereka..tpi..aku terpaksa menolak..memikirkan yg aku sudah berjanji dgn Salim untuk makan skali dgn sahabat yang paling aku sayang nie...hehe..salim,uhibbukafillah~...

Selepas makan dgn Salim di dewan makan..(lama dah tak makan kat sini)
kami terus berjalan masuk ke kelas bawah di dewan makan untuk agenda seterusnya iaitu mesyuarat program KARISMA 2....mesyuarat berjalan selama 3 1/2 jam tanpa henti
selepas mensyuarat dan solah asar....5:30 pm

Nabil,Qawiem dan Hannan mengajak aku misi bantuan banjir di rumah pakcik Johare di arau...namun melihat keadaanku yang berbasikal..aku menolak baik ajakan mereka....lepas mereka bertolak pergi..tiba salim mengajak aku pergi pekena cendoi kat luar..hehe...rezeki nih...ta baik tolak...alhamdulillah...

Di kedai cendoi pulut...

Banyak perkara yang dapat aku berbincang dgn salim...maklumlah jarak memisahkan kami..ceee...ayat~..tapi mmg...aku rindu betul dgn salim nie..banyak yang kami kongsikan selalu...antara tajuk 'hot' yang kami bincang tadi ialah mengenai masa depan..haaa...jgn pikir sal kawin ja..haha...maksud aku...dimana aku dan dia selepas ini...aku ingin ke Australia..menyambung master accounting di sana...Salim pula ke Madinah Al-Munawwarah...menyambung bidang ekonomi islam/deeniah di sana....doakan kawanku ini,...ameen...trima kasih kerana mendoakan sahabatku...smga Allah memakbulkan doa kamu juga...ameen..

setelah 30 minit berbual...

Salim menghantar aku ke 'rumah hantu' kerana aku meletakkan basikal aku disana...6:40pm aku bertolak pulang...agak lewat sebenarnya..aku sampai di rumah pukul 7:40pm..sejam perjalanan...huuu...penat terasa di seluruh badan tatkala  aku menulis post ini...tpi aku merasakan kepuasan tatkala sampai ke rumah semula...

aku berbasikal juga sebenarnya supaya tidak menyusahkan sesiapa untuk menghantar aku ke matri..aku sukakan adventures...aku ingin berdikari...ingin hidup dlm ketenangan dan kepuasan...dan aku puas dgn kehidupanku pada hari ini..kerana kehidupanku meningkat sedikit demi sedikit...kematangan,pengalaman,ilmu dan lain2 lagi...sebab tu aku tak kisah kalau bersusah sedikit demi mndapatkan pengalaman yang bgitu beharga..kadangkala kita lebih menghargai sesuatu bnda itu setelah kita berusaha bersungguh untuk mndapatkan bnda itu..dan aku mndapat banyak pengalaman semasa pengembaraan aku ini....aku tidak kisah jika kulit lenganku hitam...tpti kalau ke'hitam'an ini menyekat aku dari mendapatkan pengalaman..maka dgn senang hatinya aku akan tinggalkan ke'putih'an itu...semoga kalian juga berolah manfaat dengan apa yang kalian lalui pada hari ini...aku doakan...ameen~

akhir kalam....semoga adventures aku akan lebih menarik pada masa depan...ameen...
wallahu'alam..salam~~

5 comments:

  1. wa...Subhanallah..terharu lak baca catatan perjalan seorang insan bernama Salman neh..=)

    Ala, rindunya suasana2 yang 'membina' di perlis tercinta..hurm3..

    Moga Allah terus menguatkan adik2, Salman, jua Knailah utk terus istiqamah di atas jalan ini..jalan yang mendekatkan kita dengan Pencipta kita..

    Moga Allah redha~~

    ReplyDelete
  2. hehe...kak nailah,kalau knailah buat catatan perjalanan knailah asanya lagi best~banyak rintangan dan cabaran..kan?

    mai balik sini kaih...pas abis degree..

    ameen,mga Allah mudahkan urusan knailah di sana..

    Moga Allah sayang~

    ReplyDelete
  3. huhu.. man..
    ketahuilah sahabat,
    tatkala ku di sini,
    engkau telah membakar semangatku dgn penulisanmu,
    terima kasih. terima kasih.
    ingin juga ku menjd sepertimu..
    teruskan yg baik2 ini.. (",)

    ReplyDelete
  4. qawiem,
    hehe...tidaklah sebaik tulisan anta..cuma ana harapkan smga catatan perjalanan ini mampu pergi lebih jauh..iA...terima kasih datang melawat..datang lagi...~

    ReplyDelete
  5. terharu nye baca 'cerita' salman nie.. klau ckgu2 yg mentarbiyah adik2 baca nie, msti akn menagis kepuasan melihat dan membaca setiap patah perkataan antunna..

    tau x, slps dh bergelar guru kini bru dpt k.ujah rasai mcm mna perasaan ckgu2 yg bersungguh2 mentarbiyah kite dlu.. sgt sukar, tp bila suatu hari dpt lihat 'hasil' diorng wlaupun ckit.. tersa sgt bersemangat utk teruskan usaha dakwah dan trbiyah ni demi msa depan bdk2 yg dtg menyerah diri setiap hari d dpn mata.. bila diorang berjaya, yg tu lh hadiah yg sgt ternilai berbanding gaji yg x seberapa.. huhu..

    semoga salman berjaya ke Australia satu hari nanti.. balik ps tu jgn lupa kn keArah Perlis ye..
    :)

    ReplyDelete