Friday, December 24, 2010

Hamba rabbani

                                                         kerana Islam aku masih di daerah ini

Hamba Rabbani

Semuanya bermula disini,
bermula dari sekeping hati,
belayar mencari ketenangan abadi,
namun apa yang sebenarnya dicari?
ke sana dan ke mari,
namun apa yang ku temui...adalah kebahagiaan duniawi,
bukan ini yang ku cari!!
adakah engkau tidak mengerti??
aku mencari identiti diri,
buat contoh para pemuda dan pemudi,
jauh di sudut hati,
aku mengharapkan kelainan diri,
kerana aku sudah tak tertanggung lagi,
kelemahan dan keaiban diri,
pada Maha Mengetahui,
namun aku kuatkan diri,
selalu menyendiri..
memikirkan mengenai kehidupan abadi,
kerana sabda nabi,
orang yang bijak adalah orang yang menyediakan diri,
persiapan menghadapi mati,
tapi diri ini masih tidak mengerti,
terus sahaja tidak peduli,
ikutkan diri sendiri
tanpa diikat iman di hati,
hari demi hari,
kematian selalu mandampingi,
tanpa aku sedari,
Ya Rabbul Izzati,
Apakah masih terbuka pengampunan buat diri ini ??
yang selalu terleka  dengan duniawi,
sedangkan peringatan selalu diberi,
dengan ini aku bersaksi,
tidak akan merugikan diri,
untuk dikira amalan kanan dan kiri,
buat bekalan perjalanan ini,
sebagai seorang HAMBA RABBANI...


catatan,
muhammad salman,
dalam bilik,
11:34 pm
24/12/2010.

Thursday, December 16, 2010

Semuanya Bahagia





                       "ketenangan itu tidak akan datang secara tiba2 jika kita tidak mengusahakannya"


Ibnu Qayyim pernah menyebut,

Di dalam hati terdapat kekusutan...yang tidak boleh diurai kecuali dengan menghadap Allah
Di dalam hati terdapat kesepian...yang tidak boleh dihilangkan kecuali dengan menyendiri dengan Allah,
Di dalam hati ada kesedihan...yang tidak terhapus kecuali dengan kebahagiaan mengetahui dan berinteraksi bersungguh-sungguh denganNya,
Di dalam hati terdapat kegelisahan...yang tidak boleh tenang kecuali  berkumpul dan datang kepadaNya,
Di dalam hati juga terdapat keperluan...yang tidak boleh dipenuhi kecuali dengan cintaNya,
kembali kepadaNya...selalu mengingatiNya dan ikhlas keranaNya,
Kekurangan tersebut tidak akan dipenuhi walaupun diberi dunia dan seisinya"

Sebenar aku tulis kata-kata di atas nie adalah untuk diriku sendiri...hmm..entahlah sekarang... aku merasakan bahawa diriku keseorangan..walaupun aku berada di rumah bersama family...
tapi...alhamdulillah 2 hari yang lalu..aku dapat mesej dari seorang sahabat,nabil...dalam pukul 4:30 petang..

nabil : esok halaqah kul 9 kat m3, blh?
saya : esok ana da fisio..
nabil : kul brapa fisio
saya : kul 8:30
nabil : Herm, man kalo tggh ptg tak leh ka 
saya : halaqah dah tak leh ubah da ka
nabil : Ana dah ubah banyak kali
saya : tgklah ana cuba camna...

sebab kesian kat nabil..aku pun cuba nak try postpone fisio...
tahlah...aku rasa beruntung pulak bila tinggal dalam suasana tarbiyah nie...
malam tu nabil skali gie hantar mesej...kata halaqah diawalkan pada 7:30-8:30 pgi..
ish...awal tu...tapi tau nabil cakap apa.."man siap..kul 7pg ana amik anta kat umah"..
aku garu kepala yang tak gatal....biar betul...rumah nabil dengan rumah aku boleh kata agak jauh la..dalam 20 km..awal pagi pulak tu...hmmm...rasa beruntung sangat2...
pukul 7:10 nabil sampai depan rumah...lempar senyuman sket kat dia...kalau nak tau nabil nie murah senyuman sket... sebab tu slalu senyum tengok muka dia....
lepas tu kami bergerak ke rumah qaweim.....penuh kereta nabil tu dengan tongkat2 keramat kami...haha...sori ya nabil....susahkan anta ja....dah la datang jauh..semata-mata nak amik kami ja...
kami sampai di rumah murabbi kami,sir nasir...dalam pukul 7:45(aduh lewat gak)...sampai ja dalam rumah kami bertanya khabar...sementara menunggu salim  datang...
untuk pengetahuan salim sanggup meredah kabus2 pagi dari kuala perlis untuk sampai ke rumah sir nasir...kena pulak dengan insiden di stesen minyak....ya Allah engkau lindungilah sahabatku ini setiap masa Ya Allah...kesian pulak kat salim datang jauh....lagi jauh dari rumah aku...dalam 30 km..
5 minit kemudian salim pun datang dan kami mulakan halaqah dengan hati yang bahagia..tenang...dan terbuka.
aku dapat rasakan bagaikan hati ini sedang di"cas".. bagaikan kita mengecas bateri handset..
inilah yang aku tunggu selama seminggu di rumah....
dan atas usaha nabil kami dapat berhalaqah seminggu sekali...bersama seorang murabbi yang mukanya tenang dan jernih...tak pernah aku lihat murabbiku ini meninggikan suara...memang sungguh beliau menjaga peribadinya...di halaqah itu juga kami berkesempatan bertanyakan beberapa ayat al-Quran antaranya surah Ar-Rahman..dan sempat bertadabbur ayat 44,45 dan 47 surah Al-Maidah yang menyatakan tentang golongan yang kafir,fasik dan zalim.
pertemuan pada pagi yang hening itu terpaksa kami tangguhkan kerana sir nasir hendak bertolak ke KL pada pukul 9:15 dan sir berhajat untuk tumpang kereta nabil...
sekali lagi kereta nabil berbakti...mabruk' nabil...banyak berjasa kereta tu...
dalam kereta sempat bertanya sir nasir mengenai beberapa perkara.
Ya allah aku rasakan bahagia pada saat itu..kerana...entahlah.... aku rasakan macam dilindungi..selamat ...dijaga...ya Allah janganlah Engkau cabutkan rasa ini dalam hatiku...kalau boleh aku nak rasa macam ini setiap detik..setiap masa....biarlah terpaksa merangkak untuk mendapatkannya.
moga Allah redha dengan amalku...ameen Ya Allah...


Surat cinta seorang pemuda (bahagian 2)




Assalamualaikum warahmatullahhiwabaratuh...
Pada sesi yang lepas saya telah janji untuk memaparkan balasan surat Imam Hasan Al-Banna kepada pemuda tersebut...Alhamdulillah saya berkesempatan jua akhirnya untuk berkongsi surat ini dengan pembaca sekalian. Moga-moga kita juga beroleh manfaat dan kebaikan dari surat ini...insyaAllah...pesan sahabat saya Ahmad Nabil.."hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"..

Imam Al-Banna menulis,
Saudaraku.
wa'alaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh.

    Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh oleh kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu, lembutnya kesedaranmu, dan hidupnya hatimu.
    Saudaraku ,engkau bukan orang yang hatinya mati seperti yang engkau kira. Akan tetapi, engkau adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam,  jiwanya bersih, dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian, tentulah engkau tidak menuduh dirimu dan tidak engkau ingkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat dan jauhnya tujuan, membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar dan engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu dan memang itu harus terjadi.
     Saya merasakan apa yang engkau kira , saya berjalan sebagaimana engkau berjalan dan saya akan berusaha untuk mengajukan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat tersebut bermanfaat bagimu dan dengan melaksanakan engkau lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu, maka alhamdulillah, atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerja sama untk menganalisis penyakit dan menentukan ubatnya,
     Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang-orang yang selalu berfikir dan menyendiri, dekat denan orang-orang yang bertaqwa dan soleh yang dari mereka terpancar hikmah dan dari wajah mereka terpancar cahaya, dan hati mereka bertambah dengan makrifat (dan jumlah mereka adalah sedikit) adalah ubat yang mujarab.Berusahalah berteman dengan orang-orang sepreti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka dan engkau sambung rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta engkau habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dari orang yang "mengaku-ngaku". Carilah mereka yang perilakunya membuatkanmu bangkit
, perbuatannya membawamu berbuat baik dan jika engkau melihatnya maka engkau teringatkan Allah.
      Berteman dengan orang-orang yang seperti ini adalah salah satu ubat yang paling mujarab, kerana watak manusia sering mencuri, sehingga hati terpengaruh oleh hati dan jiwa pun mengambil dari jiwa. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.
     Saudaraku. berfikir, berzikir di waktu-waktu yang bersih, menyendiri, bermunajat, merenungi alam yang indah serta menakjubkan, menggali rahsia keindahan dan keagungan dari alam, meneliti dengan hati dan berzikir dengan lisan dan pengaruh keagungan yang mengagumkan serta hikmah yang agung, ini termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan dan keyakinan. 


Allah SWT berfirman,
 "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal"(Ali Imran [3]: 190)


      Saudaraku, selanjutnya berfikir tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahgiaan, kesulitan dan kemakmuran, serta menjenguk orang-orang yang sakit, menghiburkan orang-orang yang ditimpa bencana dan mengenali sebab-sebab kesengsaraan yang berupa pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri sendiri, egois, terpedaya dengan hal-hal yang sementara, semua ini merupakan sentuhan bagi dawai-dawai hati yang menyatukan cerai-berainya dan menghidupkan kematian. Maka berusahalah agar keberadaanmu menjadi penghibur bagi orang-orang yang sengsara dan ditimpa bencana. Tidak ada hal yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan berbuat baik kepada orang yang sangat-sangat memerlukan , membantu orang-orang yang teraniaya atau berkongsi rasa dengan orang yang susah dan sedih.
       Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia merubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman dan melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab dan waktu-waktu sahur. Kerana doa di waktu sahur adalah anak panah yang meluncur  yang tidak berhenti hingga sampai ke 'Arasy. Saya tidak meragukan keikhlasanmu dalam mencapai tujuan dan kejujuran dalam pengakuanmu,


Allah SWT berfirman, 
"Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang bertaqwa" (Al-Maidah [5]:27)


                                                                                                                               saudaramu,
                                                                                                                               Hasan Al-Banna

RUJUKAN
Menjadi Hamba Rabbani, Dr Majdi Al-Hilali


Tuesday, December 14, 2010

Surat cinta seorang pemuda (bahagian 1)






Pernahkah kalian dengar tentang surat yang ditulis oleh seorang  ahli ikhwanul muslimin kepada imam Hasan Al-Banna??
lelaki ini merasa sedih dengan keadaan hatinya yang terpisah antara kewajipan dan realiti,antara akal dan hati,dan antara ilmu dengan amalnya.Lalu dia menanyakan kepada Imam Hasan Al-Banna tentang penawar kepada masalah ini.Terlebih dahulu dia menerangkan keadaan hatinya.Pemuda ini telah mengirim surat ini berpuluh-puluh tahun yang lalu,tetapi ia seakan-akan memaparkan keadaan hati saya dan hati orang lain kebanyakannya.

Suratnya berbunyi begini....

Assalamualaikum warahmatullahi  wabarakatuh,
     Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang bewarna merah,yang manarik dan melepaskan darahnya,tentu sahaja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup dan menjalani kehidupannya.Akan tetapi hati yang bersemangat,kuat dan hidup,sayang sekali dia tidak memilikinya.
    Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil,dia juga mengetahui tempat-tempat keburukan meskipun samar-samar.
Seringkali dia merasa benar jika membaca perilaku seseorang dari wajahnya dan dia juga dapat memberi isyarat akan hal itu. Akan tetapi,dia tidak memiliki hati.Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah tidak bersua,dia menyalaminya dangan menggemgam tanagannya dengan kuat,bahkan memeluknya.Namun hatinya tetap beku,sama sekali tidak terpengaruh.Dia memberi nasihat kepada orang lain, "Jadilah kalian begini dan jadilah kalian begitu", serta menyebutkan pelbagai dalil dan alasan, namun hatinya semakin keras dan tidak terpengaruh.
     Dia tersenyum kala menerima berita gembira.Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka.Akan tetapi,kegembiraannya dan kesedihannya hanyalah reaksi yang dialami.sedangkan hatinya tetap diam dan tidak bergoncang.
     Dia menyatakan cinta dan benci kapda seseorang.Ketika melihat hatinya,hatinya tetap diam tanpa memberi penjelasan.
     Dia berdiri menunaikan solat dan berusaha khusyuk,membaca Al-Quran dan berusaha menumpukan perhatiannya.Ketika menunaikan solat,membaca bacaan solat dengan nada-nadanya,orang-orang pun berkata, "Dia jenis orang yang khusyuk".Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapati hatinya kaku dan  tidak khusyuk,walaupun memahami apa yang dibaca.
     Ini adalah gambaran yang sebenarnya terjadi pada hati lelaki tersebut.Saya tidak melebu melebih-lebihkan atau menguranginya.Menurut anda ,apakah anda dapat menyatakan bahawa hatinya sama seperti hati orang-orang pada umumnya?
    Saya dianugerahi akal,tetapi hati saya hilang.Saya merasakan fikiran saya menyala-nyala,bekerja,hidup dan menunjukkan kedudukannya.Akan tetapi ,ketika saya ingin merasakan hal itu pada hati saya,sama sekali tidak menemukannya.Saat ini ,anda telah mendengar tentang seorang lelaki yang tidak memiliki hati.
     Dia adalah seorang pemuda yang  membai'at anda dan anda mengambil sumpah setia darinya.Adakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati ?adakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar tergerak dan merasakan apa yang diucapkan oleh lisannya.
     Ini adalah seorang penyakit tentera anda yang akan membuat anda rasa sedih jika mengetahuinya.Oleh kerana itu,saya akan membuat anda rasa sedih jika mengetahuinya.Oleh kerana itu saya tidak menyebutkan namanya.Hingga saya memberitahu anda kesembuhannya.
  Wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hmmm...saya pasti surat ini mewakili hati-hati kebanyakan manusia sekaliannya.Betul?Anda yang membaca bagaimana? Adakah kita merasakan hal yang sama.Surat ini menyedarkan saya bahawa kita sedang mengalami penyakit hati.Penyaki yang mana lebih parah dari kanser atau HIV AIDS.Penyakit ini akan perlahan-perlahan meresapi hati kita saat demi saat,setiap minit dan merebak sepanjang kehidupan kita.
   Surat ini  saya khususkan untuk diri saya sebenarnya.Biarpun dengan cara menulis,moga ia menjadi amal soleh kita,InsyaAllah.Sebenarnya saya cemburu melihat sahabat2 dan sahibah2 bekerja untuk Islam sedangkan saya.......hanya mampu melihat dari jauh.Semoga Allah meredhai apa yang saya lakukan.Sesungguhnya keredhaan Allah itu amat besar disisiNYA.
   InsyaAllah,nanti saya akan post mengenai balasan surat oleh Imam Hasan Al-Banna kepada pemuda tersebut.Doakan saya agar teguh dalam  siro'tol musta'qim ini.
Salam Ukhuwah.(tengah rindu dengan sahabat-sahabat seperjuangan).

Saturday, December 4, 2010

MUHASABAH DIRI

                                                          pic by byshepherd ~ devianart


Assalamualaikum,
Pertama sekali saya ingin mengajak hati saya dan hati anda untuk sama-sama kita beristighfar kepada Rabb Yang Maha Mulia..Maha Pemurah kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk hidup di atas muka bumi Allah ini...masih lagi mengurniakan kita kehidupan yang bahagia di samping keluarga,bergembira di samping sahabat handai.


Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW kerana dgn titisan darah dan peluh bagindalah kita dapat hidup dalam keimanan kepada Allah SWT.Tanpa pengorbanan baginda kita tidak akan mengecapi 2 nikmat yang terbesar sekali iaitu nikmat iman dan nikmat Islam.


Saya sering memujuk hati saya untuk selalu berfikir...bahawa selagi kita bernafas pada keesokan harinya..itu tandanya kita masih lagi diberi peluang oleh Allah S.W.T  untuk bertaubat kepadaNya.Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.Apabila kita bangun sahaja,terus kita ingatkan bahawa kita punya masa lagi untuk berseronok...masih ada peluang lagi untuk kita terus melakukan dosa kepada Pencipta kita.Setiap hari kita bangun kita masih lagi lalai untuk menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T..Semakin lama kita diberi peluang semakin lama kita mencambahkan benih-benih dosa kita sendiri.


   Ya!inilah realitinya kita...apabila kita berhadapan dengan sahabat, adik-adik atau "junior" kita..apabila sahabat kita memberi kemaafan kepada sahabat yang lain kita menempelak dia..kita katakan "alaahh engkau nie...makin bertambahlah lemak budak tu...dia buat banyak salah kat engkau tapi engkau senang je nak maafkan dia"..atau pun  mungkin kata-kata ini lahir dalam hati kita jika emak kita maafkan adik kita yang buat kesalahan.."alah ummi nie selalu jer bagi peluang kat adik..kalau macam nie tak berubahlah dia".Namun sedarkah kita bahawa kita juga mengalami situasi yang sama ketika berhadapan dengan dosa-dosa kita???walaupun dosa-dosa kita makin bertambah dari hari ke hari..tetapi Allah tetap memberikan kita peluang untuk bertaubat kepadaNya.Kita masih lagi di samping keluarga kita..masih lagi di samping ibu bapa kita yang sentisa mengambil tahu pasal kewangan kita,sahabat-sahabat yang masih lagi ber'sms" dengan kita..bertanyakan khabar,bertanyakan result kita..dan saya yakin sehingga hari ini kita masih lagi boleh tersenyum.


Mari kita fikir sejenak......


Tidakkah kita fikir bahawa apabila sahaja kita bangun kita tidak boleh membuka mata..dunia terasa seakan-akan tidak mahu lagi bertemu kita...sinar cahaya seakan-akan merajuk dengan kita yang tidak pernah mensyukuri manfaat yang diberikan olehnya.Ibu-bapa hanya mampu menangis kesedihan apabila menyedari keadaan kita..ahli keluarga tergamam kerana baru semalam sahaja kita bergurau bersama mereka.Sahabat-sahabat datang menziarahi kita..hanya mampu memegang tangan mengucup dahi dan pergi meninggalkan kita.Mereka hanya mampu menangis dan terus menangis.Tetapi adakah pada masa itu kita akan menjerit,menangis,melolong dan berbuat apa sahaja untuk menarik perhatian orang sekeliling kita untuk kembali mendapat kita.Kita mahu terus hidup bersama mereka...mahu meminta maaf kepada ibu bapa kerana sepanjang kita hidup tidak pernah kita memahami ibu bapa kita.Pada masa itu,menangislah air mata darah sekalipun kita tidak akan mengubah keadaan,menjeritlah sekuat hati kita pun ianya terus akan berjalan dan berjalan.


Wahai saudaraku,
Kita hanya ingin meminta kepada Allah untuk hidupkan kita kembali untuk kita sambahyang sunat 2 rakaat sahaja....hanya 2 rakaat tidak lebih.Tetapi Itu tidak mungkin terjadi kerana kita sudah tidak bernyawa lagi!!kita sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat tangan kita yang selama ini kita berbangga dengannya.Kita tidak mampu lagi untuk menyikat rambut kita yang selama ini kita berbangga dengan ketampanan dan kecantikan kita.Kita tidak mampu lagi untuk mengangkat kaki kita yang selama ini kita berbangga dengan otot pejal kita bahkan kita tidak mampu lagi untuk bergerak bebas tubuh badan kita kerana kita sudah kaku.Pada saat itu hanya pada amalanlah kita bergantung sama ada kita bakal mendapat teman yang bercahaya mulia atau gelap hina di dalam kubur nanti.


Wahai saudaraku,


Selalu beringatlah dengan kata-kata ini "jika kita menangis banyak di dunia ini,kita akan tersenyum bahagia di akhirat sana,tetapi jika kita ketawa banyak di dunia ini maka kita akan menangis dengan penuh penyesalan di akhirat kelak"...insyaAllah saya menulis ini bukanlah bermakna saya yang sempurna..tetapi saya menulis ini adalah pertamanya untuk mengingatkan diri saya sekali.Kita dilahirkan berbogel semua..tidak pernah ada bayi yang lahirnyya dia terus lengkap berpakaian.Jadi kita semua serupa...tidak berhak untuk menentukan keimanan siapa yang lebih tinggi.Allah SWT sahaja yang layak untuk menilai kita.Harapan saya semoga kita semua beroleh manfaat dari kalam ini.
InsyaAllah,sekian wassalam..

Thursday, December 2, 2010

KEMBALI BERTEMU

                                                       pictured by nunoramosO ~ deviantart 


PERTEMUAN SEMULA.

Alhamdulillah kerana pada hari ini aku berasa amat gembira.Entah kenapa???aku merasakan bahawa jiwaku begitu tenang pada malam ini..sedang aku ber"FB" aku terlihat gambar ketika aku bersama sahabatku di dalam foto salah seorang rakanku di sekolah lamaku....Ya!aku bersyukur kerana dapat merasai kenikmatan sahabat yang soleh walaupun aku rasa begitu tidak layak untuk mengecapi nikmat ini..sedangkan aku tahu aku bukanlah seorang sahabat yang baik.Saat dimana aku merasakan bahawa aku ditinggalkan mereka jauh dihadapan...saat dimana aku merasakan kekosongan dalam diri ini..saat di mana aku merintih keseorangan "dimanakah sahabatku Ya Allah??"di saaat aku menagih janji mereka kepadaku untuk bersama mengharungi hidup ini bersama-sama...di situlah mereka hadir walaupun sekadar bayangan namun aku puas!!...bayangan mereka sudah cukup memberi nafas baru dalam hidupku.Malah...mereka tidak pernah meninggalkan aku.,..mereka tidak pernah melupakan aku...malah diajak lagi untuk berusrah.

Ya Allah aku amat bahagia sehingga saat ini aku masih lagi dapat bertemu sahabat yang tidak pernah melupakan diriku..di saat ini aku sedar bahawa SAHABAT bukanlah sekadar teori yang diagungkan manusia...tetapi  praktikal yang diamalkan.Sahabat ialah mengenai membumikan ukhwah di dalam amalan harian.Mengaku sahabat memang senang...kita tidak perlu mengeluarkan peluh mahupun darah tetapi menjadi sahabat ialah perkara yang paling sukar untuk diamal...kerana kita berurusan dengan hati manusia...hati yang mana mempunyai sekeping hati yang diselemuti nafsu dan perasaan.Sahabat manakah sebaik Abu Bakar As-Siddiq yang sanggup mengorbankan nyawanya demi Rasulullah yang tercinta..seperti Syed Qutub menggalas dakwah Hasan Al-Banna....seperti Aziz Rantisi yang menyambung legasi Sheikh Ahmad Yasin...sedangkan mereka mengetahui bahawa mereka bersahabat dengan orang yang sentiasa ingin dibunuh..dan sering terdedah kepada bahaya...mereka semua ini sanggup mengharungi persahabatan yang penuh dengan kata-kata keimanan dan ketaqwaan sesama mereka.Di manakah tahap PERSAHABATAN kita??soalan ini bukan sahaja kutujukan buat para pembaca tetapi turut jua kutujukan pada diri ini.

Malam ini aku menangis..aku beryukur Ya Allah..kerana masih dapat menghirup nikmat yang Engkau berikan kepadaku.Aku yakin tidak semua orang di luar sana dapat mengecapi apa yang aku rasa.Mempunyai sahabat yang soleh bagaikan sebelah kaki berada di syurga.
"Ya Allah..aku redha dengan apa yang telah Engkau berikan kepadaku..aku amat bersyukur dengan nikmatMu Ya Allah..."ameen...
"Sahabat... aku akan menjaga ikatan yang telah kita bina bersama....insyaAllah..aku  akan berusaha sebaik mungkin untuk aku menjadi SAHABAT terlebih dahulu sebelum aku mengharapkan orang lain menjadi SAHABATku..salam ukhuwah"