Saturday, December 4, 2010

MUHASABAH DIRI

                                                          pic by byshepherd ~ devianart


Assalamualaikum,
Pertama sekali saya ingin mengajak hati saya dan hati anda untuk sama-sama kita beristighfar kepada Rabb Yang Maha Mulia..Maha Pemurah kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk hidup di atas muka bumi Allah ini...masih lagi mengurniakan kita kehidupan yang bahagia di samping keluarga,bergembira di samping sahabat handai.


Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW kerana dgn titisan darah dan peluh bagindalah kita dapat hidup dalam keimanan kepada Allah SWT.Tanpa pengorbanan baginda kita tidak akan mengecapi 2 nikmat yang terbesar sekali iaitu nikmat iman dan nikmat Islam.


Saya sering memujuk hati saya untuk selalu berfikir...bahawa selagi kita bernafas pada keesokan harinya..itu tandanya kita masih lagi diberi peluang oleh Allah S.W.T  untuk bertaubat kepadaNya.Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.Apabila kita bangun sahaja,terus kita ingatkan bahawa kita punya masa lagi untuk berseronok...masih ada peluang lagi untuk kita terus melakukan dosa kepada Pencipta kita.Setiap hari kita bangun kita masih lagi lalai untuk menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T..Semakin lama kita diberi peluang semakin lama kita mencambahkan benih-benih dosa kita sendiri.


   Ya!inilah realitinya kita...apabila kita berhadapan dengan sahabat, adik-adik atau "junior" kita..apabila sahabat kita memberi kemaafan kepada sahabat yang lain kita menempelak dia..kita katakan "alaahh engkau nie...makin bertambahlah lemak budak tu...dia buat banyak salah kat engkau tapi engkau senang je nak maafkan dia"..atau pun  mungkin kata-kata ini lahir dalam hati kita jika emak kita maafkan adik kita yang buat kesalahan.."alah ummi nie selalu jer bagi peluang kat adik..kalau macam nie tak berubahlah dia".Namun sedarkah kita bahawa kita juga mengalami situasi yang sama ketika berhadapan dengan dosa-dosa kita???walaupun dosa-dosa kita makin bertambah dari hari ke hari..tetapi Allah tetap memberikan kita peluang untuk bertaubat kepadaNya.Kita masih lagi di samping keluarga kita..masih lagi di samping ibu bapa kita yang sentisa mengambil tahu pasal kewangan kita,sahabat-sahabat yang masih lagi ber'sms" dengan kita..bertanyakan khabar,bertanyakan result kita..dan saya yakin sehingga hari ini kita masih lagi boleh tersenyum.


Mari kita fikir sejenak......


Tidakkah kita fikir bahawa apabila sahaja kita bangun kita tidak boleh membuka mata..dunia terasa seakan-akan tidak mahu lagi bertemu kita...sinar cahaya seakan-akan merajuk dengan kita yang tidak pernah mensyukuri manfaat yang diberikan olehnya.Ibu-bapa hanya mampu menangis kesedihan apabila menyedari keadaan kita..ahli keluarga tergamam kerana baru semalam sahaja kita bergurau bersama mereka.Sahabat-sahabat datang menziarahi kita..hanya mampu memegang tangan mengucup dahi dan pergi meninggalkan kita.Mereka hanya mampu menangis dan terus menangis.Tetapi adakah pada masa itu kita akan menjerit,menangis,melolong dan berbuat apa sahaja untuk menarik perhatian orang sekeliling kita untuk kembali mendapat kita.Kita mahu terus hidup bersama mereka...mahu meminta maaf kepada ibu bapa kerana sepanjang kita hidup tidak pernah kita memahami ibu bapa kita.Pada masa itu,menangislah air mata darah sekalipun kita tidak akan mengubah keadaan,menjeritlah sekuat hati kita pun ianya terus akan berjalan dan berjalan.


Wahai saudaraku,
Kita hanya ingin meminta kepada Allah untuk hidupkan kita kembali untuk kita sambahyang sunat 2 rakaat sahaja....hanya 2 rakaat tidak lebih.Tetapi Itu tidak mungkin terjadi kerana kita sudah tidak bernyawa lagi!!kita sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat tangan kita yang selama ini kita berbangga dengannya.Kita tidak mampu lagi untuk menyikat rambut kita yang selama ini kita berbangga dengan ketampanan dan kecantikan kita.Kita tidak mampu lagi untuk mengangkat kaki kita yang selama ini kita berbangga dengan otot pejal kita bahkan kita tidak mampu lagi untuk bergerak bebas tubuh badan kita kerana kita sudah kaku.Pada saat itu hanya pada amalanlah kita bergantung sama ada kita bakal mendapat teman yang bercahaya mulia atau gelap hina di dalam kubur nanti.


Wahai saudaraku,


Selalu beringatlah dengan kata-kata ini "jika kita menangis banyak di dunia ini,kita akan tersenyum bahagia di akhirat sana,tetapi jika kita ketawa banyak di dunia ini maka kita akan menangis dengan penuh penyesalan di akhirat kelak"...insyaAllah saya menulis ini bukanlah bermakna saya yang sempurna..tetapi saya menulis ini adalah pertamanya untuk mengingatkan diri saya sekali.Kita dilahirkan berbogel semua..tidak pernah ada bayi yang lahirnyya dia terus lengkap berpakaian.Jadi kita semua serupa...tidak berhak untuk menentukan keimanan siapa yang lebih tinggi.Allah SWT sahaja yang layak untuk menilai kita.Harapan saya semoga kita semua beroleh manfaat dari kalam ini.
InsyaAllah,sekian wassalam..

4 comments:

  1. Fuhh..

    molek ar man..
    teruskan!

    menanti utk artikel yg mendatang..
    salam alaik ~ MQ

    ReplyDelete
  2. jazakallah qaweim...semoga Allah redha..

    ReplyDelete
  3. mabruk alaika..moga trus sukses berdakwah melalui hujung jari..

    ReplyDelete