Tuesday, December 14, 2010

Surat cinta seorang pemuda (bahagian 1)






Pernahkah kalian dengar tentang surat yang ditulis oleh seorang  ahli ikhwanul muslimin kepada imam Hasan Al-Banna??
lelaki ini merasa sedih dengan keadaan hatinya yang terpisah antara kewajipan dan realiti,antara akal dan hati,dan antara ilmu dengan amalnya.Lalu dia menanyakan kepada Imam Hasan Al-Banna tentang penawar kepada masalah ini.Terlebih dahulu dia menerangkan keadaan hatinya.Pemuda ini telah mengirim surat ini berpuluh-puluh tahun yang lalu,tetapi ia seakan-akan memaparkan keadaan hati saya dan hati orang lain kebanyakannya.

Suratnya berbunyi begini....

Assalamualaikum warahmatullahi  wabarakatuh,
     Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang bewarna merah,yang manarik dan melepaskan darahnya,tentu sahaja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup dan menjalani kehidupannya.Akan tetapi hati yang bersemangat,kuat dan hidup,sayang sekali dia tidak memilikinya.
    Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil,dia juga mengetahui tempat-tempat keburukan meskipun samar-samar.
Seringkali dia merasa benar jika membaca perilaku seseorang dari wajahnya dan dia juga dapat memberi isyarat akan hal itu. Akan tetapi,dia tidak memiliki hati.Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah tidak bersua,dia menyalaminya dangan menggemgam tanagannya dengan kuat,bahkan memeluknya.Namun hatinya tetap beku,sama sekali tidak terpengaruh.Dia memberi nasihat kepada orang lain, "Jadilah kalian begini dan jadilah kalian begitu", serta menyebutkan pelbagai dalil dan alasan, namun hatinya semakin keras dan tidak terpengaruh.
     Dia tersenyum kala menerima berita gembira.Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka.Akan tetapi,kegembiraannya dan kesedihannya hanyalah reaksi yang dialami.sedangkan hatinya tetap diam dan tidak bergoncang.
     Dia menyatakan cinta dan benci kapda seseorang.Ketika melihat hatinya,hatinya tetap diam tanpa memberi penjelasan.
     Dia berdiri menunaikan solat dan berusaha khusyuk,membaca Al-Quran dan berusaha menumpukan perhatiannya.Ketika menunaikan solat,membaca bacaan solat dengan nada-nadanya,orang-orang pun berkata, "Dia jenis orang yang khusyuk".Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapati hatinya kaku dan  tidak khusyuk,walaupun memahami apa yang dibaca.
     Ini adalah gambaran yang sebenarnya terjadi pada hati lelaki tersebut.Saya tidak melebu melebih-lebihkan atau menguranginya.Menurut anda ,apakah anda dapat menyatakan bahawa hatinya sama seperti hati orang-orang pada umumnya?
    Saya dianugerahi akal,tetapi hati saya hilang.Saya merasakan fikiran saya menyala-nyala,bekerja,hidup dan menunjukkan kedudukannya.Akan tetapi ,ketika saya ingin merasakan hal itu pada hati saya,sama sekali tidak menemukannya.Saat ini ,anda telah mendengar tentang seorang lelaki yang tidak memiliki hati.
     Dia adalah seorang pemuda yang  membai'at anda dan anda mengambil sumpah setia darinya.Adakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati ?adakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar tergerak dan merasakan apa yang diucapkan oleh lisannya.
     Ini adalah seorang penyakit tentera anda yang akan membuat anda rasa sedih jika mengetahuinya.Oleh kerana itu,saya akan membuat anda rasa sedih jika mengetahuinya.Oleh kerana itu saya tidak menyebutkan namanya.Hingga saya memberitahu anda kesembuhannya.
  Wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hmmm...saya pasti surat ini mewakili hati-hati kebanyakan manusia sekaliannya.Betul?Anda yang membaca bagaimana? Adakah kita merasakan hal yang sama.Surat ini menyedarkan saya bahawa kita sedang mengalami penyakit hati.Penyaki yang mana lebih parah dari kanser atau HIV AIDS.Penyakit ini akan perlahan-perlahan meresapi hati kita saat demi saat,setiap minit dan merebak sepanjang kehidupan kita.
   Surat ini  saya khususkan untuk diri saya sebenarnya.Biarpun dengan cara menulis,moga ia menjadi amal soleh kita,InsyaAllah.Sebenarnya saya cemburu melihat sahabat2 dan sahibah2 bekerja untuk Islam sedangkan saya.......hanya mampu melihat dari jauh.Semoga Allah meredhai apa yang saya lakukan.Sesungguhnya keredhaan Allah itu amat besar disisiNYA.
   InsyaAllah,nanti saya akan post mengenai balasan surat oleh Imam Hasan Al-Banna kepada pemuda tersebut.Doakan saya agar teguh dalam  siro'tol musta'qim ini.
Salam Ukhuwah.(tengah rindu dengan sahabat-sahabat seperjuangan).

5 comments:

  1. Salam.
    Akhi, ana juga alami seperti apa yang anta alami. Merasai kekosongan, kesedihan, hati tidak peka, hati tidak basah, sedangkan dalam amsa yang sama kita masih bekerja utk perjuangan kita.

    nasihat ana, walau amcam mana pun yg anta rasa, teruskan bergerak akhi. Teruskan lakukan amal-amal soleh. Hatta anta x mampu menangis, xde feel time tahajud pun, teruskan juga buat. Agar ALLAH nmpak kesungguhan hambaNya.

    Allah nmpak bahawa walaupun kita tak rasa apa-apa, tiada persaan dalam tahajud. mengantuk, jiwa kita letih, tapi kita tetap nak juga laksanakan suruhannya.

    Ana, insan biasa, seperti anta dan mengajak agar anta menjadi luar biasa!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam,
    ramadhan sahabatku...ana sebenarnya lebih terasa dengan surat yang dikirimkan pemuda ini.Kita sebenarnya sudah lama mengalami masalah ini tetapi kita buat macam takda apa2...tpi pemuda di atas ini mempunyai visi dan misi yang jelas dalam hidupnya...sebab itu beliau hendak jawapan kepada permasalahan hati yang merupakan permasalahan utama kepada manusia..hatikan merupakan raja tubuh badan..
    apa pun jazakallah kerana nasihat anta..insyaAllah sama2 kita bersihkan hati kita dari noda...salam ukhuwah

    ReplyDelete
  4. Yup, ana amat setuju dengan anta. Perkara ini yg ana selalu fikirkan sehingga kadang-kadang buat ana down sgt. Jujur ana nangis bila fiir keadaan diri ana. Kita menyeru manusia kepada Allah, sedangkan kita sendiri tidak takutkan Allah.

    Sejauh mana kita menajdi muslim, iaitu tunduk patuh kepada perintahNya dan menjauhi laranganNya. Sama-sama muhasabah.

    Ya Allah, kekalkanlah tautan hati kami. jadikanlah kami pejuang agamaMu. amin~

    ReplyDelete
  5. ramadhan,
    menangislah kalau anta rasa hendak menangis...kerana tangisan akan menguatkan jiwa manusia itu..dan biarlah setiap titis tangisan itu kerana Allah..

    ReplyDelete