Thursday, December 2, 2010

KEMBALI BERTEMU

                                                       pictured by nunoramosO ~ deviantart 


PERTEMUAN SEMULA.

Alhamdulillah kerana pada hari ini aku berasa amat gembira.Entah kenapa???aku merasakan bahawa jiwaku begitu tenang pada malam ini..sedang aku ber"FB" aku terlihat gambar ketika aku bersama sahabatku di dalam foto salah seorang rakanku di sekolah lamaku....Ya!aku bersyukur kerana dapat merasai kenikmatan sahabat yang soleh walaupun aku rasa begitu tidak layak untuk mengecapi nikmat ini..sedangkan aku tahu aku bukanlah seorang sahabat yang baik.Saat dimana aku merasakan bahawa aku ditinggalkan mereka jauh dihadapan...saat dimana aku merasakan kekosongan dalam diri ini..saat di mana aku merintih keseorangan "dimanakah sahabatku Ya Allah??"di saaat aku menagih janji mereka kepadaku untuk bersama mengharungi hidup ini bersama-sama...di situlah mereka hadir walaupun sekadar bayangan namun aku puas!!...bayangan mereka sudah cukup memberi nafas baru dalam hidupku.Malah...mereka tidak pernah meninggalkan aku.,..mereka tidak pernah melupakan aku...malah diajak lagi untuk berusrah.

Ya Allah aku amat bahagia sehingga saat ini aku masih lagi dapat bertemu sahabat yang tidak pernah melupakan diriku..di saat ini aku sedar bahawa SAHABAT bukanlah sekadar teori yang diagungkan manusia...tetapi  praktikal yang diamalkan.Sahabat ialah mengenai membumikan ukhwah di dalam amalan harian.Mengaku sahabat memang senang...kita tidak perlu mengeluarkan peluh mahupun darah tetapi menjadi sahabat ialah perkara yang paling sukar untuk diamal...kerana kita berurusan dengan hati manusia...hati yang mana mempunyai sekeping hati yang diselemuti nafsu dan perasaan.Sahabat manakah sebaik Abu Bakar As-Siddiq yang sanggup mengorbankan nyawanya demi Rasulullah yang tercinta..seperti Syed Qutub menggalas dakwah Hasan Al-Banna....seperti Aziz Rantisi yang menyambung legasi Sheikh Ahmad Yasin...sedangkan mereka mengetahui bahawa mereka bersahabat dengan orang yang sentiasa ingin dibunuh..dan sering terdedah kepada bahaya...mereka semua ini sanggup mengharungi persahabatan yang penuh dengan kata-kata keimanan dan ketaqwaan sesama mereka.Di manakah tahap PERSAHABATAN kita??soalan ini bukan sahaja kutujukan buat para pembaca tetapi turut jua kutujukan pada diri ini.

Malam ini aku menangis..aku beryukur Ya Allah..kerana masih dapat menghirup nikmat yang Engkau berikan kepadaku.Aku yakin tidak semua orang di luar sana dapat mengecapi apa yang aku rasa.Mempunyai sahabat yang soleh bagaikan sebelah kaki berada di syurga.
"Ya Allah..aku redha dengan apa yang telah Engkau berikan kepadaku..aku amat bersyukur dengan nikmatMu Ya Allah..."ameen...
"Sahabat... aku akan menjaga ikatan yang telah kita bina bersama....insyaAllah..aku  akan berusaha sebaik mungkin untuk aku menjadi SAHABAT terlebih dahulu sebelum aku mengharapkan orang lain menjadi SAHABATku..salam ukhuwah"

3 comments:

  1. Salam akhi..

    sedih juga terharu diri ini membacanya..
    kita sama juga serupa..

    bila ujian itu datang melambung jasad..
    semua ini bakal kita saksikan bersama..
    siapa sahabat yg sebenarnya..

    setuju dgn artikel ni.

    Fatahallahu 'alaik..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..ana harap kita dapat jdi sahabat.

    ReplyDelete
  3. herm..... thumbs up! :) too nice article!

    ReplyDelete